SPRM tahan bekas Pengarah Kastam: Latheefa

Iklan
Latheefa Koya. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengarah Kastam Diraja Malaysia negeri dan dua pengarah sebuah syarikat sendirian berhad kerana terlibat dengan rasuah disyaki terlibat dengan aktiviti pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, Mahkamah Majistret Kota Bharu telah memerintahkan tahanan reman selama lima hari terhadap suspek pada pagi ini.

Iklan
Iklan

"Bekas pengarah negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua lagi suspek ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands. Sejumlah besar wang tunai juga dirampas semasa tangkapan dibuat.

"Selain itu, SPRM juga membekukan akaun suspek, individu lain dan entiti berkaitan. Ia melibatkan 20 akaun individu dan empat entiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Jumaat lalu, pada sesi dialog bersama media di Kota Kinabalau, Latheefa berkata, pihaknya kini sedang menumpukan usaha bagi membanteras aktiviti pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara.

Jelasnya, usaha memerangi aktiviti haram itu disebabkan oleh isu alam sekitar dan ia melibatkan kepentingan awam.

Iklan