Terus sokong kempen membaca: Timbalan Menteri

Iklan
Eddin menyampaikan hadiah kepada pemenang pada program itu di Perpustakaan Desa Kampung Kuala Serdang petang semalam.

KUALA PILAH - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meminta orang ramai supaya sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha kempen membudayakan rakyat membaca oleh Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

Menurutnya, usaha itu sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan rakyat negara ini berilmu bertaraf dunia selain membudayakan membaca.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun kemajuan teknologi semakin pesat ini mendorong perubahan dari segi kaedah pembacaan iaitu bukan sahaja melalui bahan bercetak malah menerusi capaian buku digital e-book.

"U-Pustaka antara medium yang terkini disediakan oleh Perpustakaan Negara bagi mengajak masyarakat membaca melalui aplikasi digital," katanya pada majlis perasmian program Kempen Dekad Membaca Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Kuala Pilah di Perpustakaan Desa Kampung Kuala Serdang petang semalam.

Iklan

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh.

Eddin Syazlee yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, beliau yakin usaha itu sangat memberi manfaat bagi tujuan pembacaan dan penyelidikan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar dan pendidik.

Iklan

"Ianya dilihat dapat memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak bagi mendapatkan pendidikan sepanjang hayat.

"Justeru itu sokongan semua pihak terutamanya masyarakat diharap dapat dikekalkan bagi memupuk minat suka membaca," katanya.

Program yang berlangsung sepanjang hari itu dimeriahkan dengan aktiviti mewarna, bijak puzzle, minda kreatif, eksplorasi dan bina kata.