MELAKA TENGAH - Sambutan ambang tahun baharu di negeri ini, dicemari dengan aktiviti pesta liar yang disertai lebih 500 orang di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, di sini, malam tadi.
Pesta yang dipercayai bermula jam 7 malam itu berjaya dibongkarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam operasi bersepadu yang bermula dari jam 11 malam hingga 3 pagi itu.
Yang Dipertua (MPHTJ), Mahani Masban, berkata, dalam operasi itu seramai 22 individu termasuk seorang remaja perempuan 15 tahun turut ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas disyaki mengambil dadah.
Menurutnya, sebelum membuat serbuan di lokasi berkenaan jam 12.20 pagi, pihaknya telah membuat pemeriksaan di beberapa buah premis perniagaan dan pusat hiburan dalam Dun Ayer Keroh.
Katanya, penganjuran itu telah mendapat permit kebenaran daripada pihak berwajib namun penganjur telah menyalahgunakannya dengan membenarkan minuman keras selain ia beroperasi lebih daripada waktu yang ditetapkan.
"Berdasarkan syarat mereka sepatutnya program itu berakhir pada jam 12 tengah malam, namun ketika kami sampai 12.20 pagi, aktiviti itu masih lagi berlangsung.
"Kita akan memanggil penganjur parti berkenaan untuk siasatan lanjut berkenaan pelanggaran syarat permit dan saya tegaskan kami tidak sesekali menyokong aktiviti tidak bermoral dan gejala sosial seperti ini," katanya.
Dalam operasi itu juga seramai 22 individu berusia antara 15 hingga 25 tahun turut ditahan AADK atas kesalahan dadah.
Difahamkan pengunjung berkenaan dihiburkan dengan bunyi muzik yang kuat selain kebanyakan pengunjung menari di dalam tema air.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengeluarkan surat Perintah Hadir mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah negeri Melaka 1991 kepada 10 gadis di pesta itu kerana berpakaian tidak sopan.
Dalam serbuan di tiga lokasi berasingan, MPHTJ turut mengeluarkan 10 kompaun melibatkan kesalahan lesen perniagaan tamat tempoh, langgar syarat lesen dan premis kotor yang mana operasi turut disertai Jabatan Imigresen, AADK dan JAIM.