Tembok runtuh ragut tiga nyawa di India

Iklan
Penduduk meredah banjir yang disebabkan hujan lebat berterusan selama empat hari di timur laut India.

PATNA - Hujan lebat yang berterusan sejak empat hari lalu di timur laut India telah meragut tiga lagi nyawa.

Dalam kejadian terbaru hari ini, tiga penduduk maut ditimpa runtuhan tembok di Bhagalpur di negeri Bihar.

Iklan
Iklan

Hujan lebat sejak 48 jam lalu turut mencetuskan ancaman tanah runtuh di daerah terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian akibat bencana banjir di Uttar Pradesh meningkat kepada 70 orang.

Iklan

Media tempatan melaporkan, beberapa mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

Cuaca buruk turut menyebabkan beberapa jadual penerbangan dan perkhidmatan kereta api di timur laut India dibatalkan.

Iklan

Beberapa buah sekolah di negeri-negeri terjejas banjir turut diarah tutup sehingga esok. - Agensi