PM Israel putus asa

Iklan
Netanyahu (kiri) diberi tempoh 28 hari oleh Rivlin untuk membentuk kerajaan baharu pada Rabu lalu. - Foto: AFP

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menyerahkan semula mandat kepada Presiden, Reuven Rivlin pada minggu depan selepas beliau sekali lagi gagal untuk membentuk kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Wartawan Politik The Jerusalem Post, Gil Hoffman menerusi Twitter dan mendedahkan Netanyahu akan menyalahkan pesaingnya daripada Parti Biru dan Putih, Benny Gantz atas kegagalan itu.

Iklan
Iklan

"Ketidaksepakatan antara Parti Likud pimpinan Netanyahu dan Parti Biru dan Putih itu akan dijadikan punca kerajaan majoriti sukar untuk dibentuk,” katanya.

Rabu lalu, Rivlin memberi tempoh 28 hari kepada Netanyahu untuk membentuk kerajaan gabungan sebagai langkah mencari jalan keluar bagi memecahkan kebuntuan politik yang berlarutan selama beberapa bulan di Israel.

Iklan

Parti Biru dan Putih yang memenangi 33 kerusi di Parlimen berbanding 32 yang diraih Parti Likud dalam pilihan raya kedua dalam tempoh lima bulan pada awal bulan lalu menolak permintaan Netanyahu untuk membentuk kerajaan perpaduan di bawah kepimpinannya bersama sekutu ultra-Ortodoks.

Menurut Gantz, beliau tidak menolak kesepakatan dengan Likud, namun enggan bekerjasama dengan Netanyahu yang berdepan tuduhan rasuah. - Agensi

Iklan