Impian Feiya Julia, Kucaimars ke final lebur

Iklan
Fieya dan Kucaimara diumumkan sebagai tiga peserta yang mendapat undian terendah bersama Irfan Haris.

IMPIAN Fieya Julia dan Kucaimars untuk ke final Big Stage 2019 lebur apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu separuh akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebentar tadi.

Menerusi konsert minggu ketujuh itu, Fieya dan Kucaimara diumumkan sebagai tiga peserta yang mendapat undian terendah bersama Irfan Haris.

Iklan
Iklan

Feiya menyampaikan lagu Chandelier nyanyian asal Sia, diikuti Cinta yang dinyanyikan secara duet bersama Liza Hanim, manakala Kucaimars menyanyikan lagu Keabadian Cinta dan lagu duet Revolusi bersama Sam Bunkface.

Selepas Feiya dan Kucaimars, kini hanya lima peserta iaitu Neeta, Han-Byul, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang akan berentap pada konsert akhir Sabtu depan.

Dengan tersingkirnya Feiya dan Kucaimars, kini hanya lima peserta iaitu Neeta, Han-Byul, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang bakal berentap pada konsert akhir Sabtu depan.

Iklan
Selepas Feiya dan Kucaimars, kini hanya lima peserta iaitu Neeta, Han-Byul, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang akan berentap pada konsert akhir Sabtu depan.

Konsert minggu ketujuh itu diadili dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika serta juri jemputan, Tam Spider.

Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Iklan