Syed Saddiq dekati geng basikal lajak

Iklan
Syed Saddiq turun padang menyantuni belia Malaysia pada malam sambutan tahun baharu 2019, di ibu kota.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyantuni golongan belia pada malam sambutan tahun baharu 2019, di sekitar ibu kota, malam tadi.

Menurut menteri muda itu, beliau turun padang untuk mendengar sendiri keluhan, pandangan dan paling penting melihat dari kaca mata sendiri kehidupan belia Malaysia.

Iklan
Iklan

Jelas Syed Saddiq, dalam pertemuan itu beliau menyimpulkan bahawa golongan belia Malaysia yang ditemuinya ini sangat berinovatif.

"Adik-adik basikal lajak ini"potong” basikal mereka sendiri. Boleh repair basikal 'on the spot', dan sentiasa mencari cara untuk menambah baik basikal mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tambahnya, masyarakat di negara ini tidak patut cepat menghukum dengan melabel kumpulan belia ini dengan terma yang tidak sepatutnya.

"Terma,"belia berisiko” tidak boleh dipakai sesuka hati hanya kerana mereka lain dari kita. Semua belia adalah belia dan tidak sepatutnya ada pengkelasan yang negatif terhadap belia kita. Berada dalam posisi saya, saya akan bertekad untuk membantu sedapa upaya saya," katanya.

Iklan

Ketua Armada Bersatu itu juga malam tadi berkesempatan berjumpa sekumpulan remaja menjual burger yang berniaga sejak usia muda lagi.

Katanya, sifat keusahawanan ini harus mendapat pujian.

"InsyaALLAH, program ini bukan one-off, tetapi program berkala yang saya akan lakukan bersama Kementerian Belia dan Sukan. Selamat tahun baharu," katanya.