Mata puji daya saing Wan-Bissaka

Iklan
Wan-Bissaka (kanan) mengasak pemain Chelsea, Ross Barkley ketika aksi liga di Old Trafford, Ogos lalu.

TONGGAK Manchester United, Juan Mata memuji daya saing dipamerkan pemain baharu The Red Devils, Aaron Wan-Bissaka semasa sesi latihan dalam usaha merebut slot kesebelasan utama.

Menurut pemain berusia 31 tahun dari Sepanyol itu, Wan-Bissaka yang memiliki kelebihan fizikal mempamerkan kualiti pemain cukup luar biasa.

Iklan
Iklan

"Wan-Bissaka sememangnya pembelian terbaik kelab, beliau mempamerkan kualitinya apabila melaksanakan setiap tugasan dengan sempurna.

"Saya belum pernah melihat pemain luar biasa seperti Wan-Bissaka. Bahkan semasa sesi latihan apabila anda fikir sudah melepasinya tapi percaya atau tidak dia begitu mudah merampas bola semula daripada anda.

Iklan

"Dia (Wan-Bissaka) seperti Anthony Martial seorang yang pemalu dan pendiam tapi memiliki keyakinan tinggi dalam menyempurnakan tugasan,” katanya.

Wan-Bissaka berpindah dari Crystal Palace ke Manchester United dengan bayaran 50 juta pound (RM256.4 juta) pada Jun lalu sering mendapat kepercayaan Ole Gunnar Solskjaer dalam membarisi kesebelasan utama Red Devils.

Iklan

Pada masa sama Mata juga menyifatkan kehadiran Daniel James dan Harry Maguire membawa impak positif dalam mengalas cabaran kelab musim ini.

"Kehadiran James dan Maguire memberikan impak positif kepada jentera kelab. Maguire contohnya datang dengan pengalaman bersama Leicester City dan England yang sangat berguna kepada kelab.

"James pula datang ke kelab besar dengan reputasi tinggi dari Swansea City dan Wales telah membuktikan keupayaan sebenar beliau dalam beberapa perlawanan. Paling penting beliau cepat menyesuaikan diri,” katanya.