Kes Adib: Polis tunggu arahan Peguam Negara

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan kes tersebut tidak pernah ditutup.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita akan cuba mengesan mereka yang terlibat seperti mana arahan Mahkamah Koroner tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Kesemua saksi inkues telah dipanggil memberi keterangan kepada polis kita akan memanggil mereka semula jika perlu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Iklan

Pada Jumaat lalu Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis belum terima dokumen rasmi keputusan koroner

Iklan

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam USJ 25 Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.