TNB perlu rujuk rasional penubuhan Uniten Muadzam Shah

Iklan
Hassan

KUANTAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta merujuk kembali tujuan dan rasional penubuhan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) Muadzam Shah.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hassan Arifin berkata, KSHAS yang diwujudkan pada tahun 2001 diasaskan sebagai tanggungjawab sosial sebuah syarikat kerajaan untuk membantu kerajaan menampung lebih ramai pelajar-pelajar agar dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, TNB memilih lokasi di luar bandar sebagai strategi untuk turut merancakkan pembangunan di kawasan yang baharu dibangunkan untuk rakyat. TNB sebagai sebuah syarikat gergasi telah menerima banyak sokongan kerajaan dan rakyat.

"Pada majlis itu turut berangkat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada masa itu bergelar Tengku Mahkota Pahang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Hassan berkata, Kerajaan Negeri Pahang bersetuju meluluskan tanah seluas 67.2 hektar kepada TNB untuk pembangunan KSHAS bertujuan memberi peluang lebih ramai lagi pelajar-pelajar dari negeri Pahang melanjutkan pengajian.

"Di samping itu kewujudan kampus itu membantu menjana pendapatan dan membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar dengan adanya peluang pekerjaan dan perniagaan.

Iklan

"TNB sepatutnya mengekalkan KSHAS dengan memantapkan lagi kampus universiti itu selaras dengan hasrat untuk memastikan kesinambungan peranan TNB di Bandar Muadzam Shah, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penutupan Uniten kampus Muadzam Shah langkah terkebelakang

Sah gabung kampus Rompin, Putrajaya tahun depan

Menurutnya, kampus Uniten perlu dikekalkan kerana selama 18 tahun ia menjana pembangunan ekonomi di Muadzam Shah.

"Saya sebagai Ahli Parlimen Rompin membantah sekeras-kerasnya inisiatif ‘reimagining’ dalam erti kata lain penutupan kampus ini," tegasnya.