Air pasang besar di Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat

Iklan
Keadaan sekitar Istana Pantai di Kuala Langat. - Foto: Unit Pengurusan Bencana Selangor

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat dilimpahi air berikutan fenomena air pasang besar pagi tadi.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menerusi satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan hasil pemantauan dan maklumat diterima ketinggian paras air laut direkod mencecah 5.7 meter pada jam 7 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu fenomena air pasang menyebabkan limpahan kecil di jalan raya berhampiran Istana Pantai Bahagia Kuala Langat namun tidak melibatkan penempatan.

"Lima ban dilapor bocor di Kampung Tok Muda dan berlaku limpahan air melepasi ban dan benteng di Kampung Baru Telok Gong, Klang.

Iklan

"Di Kuala Selangor pula berlaku limpahan kecil air di jalan raya di Jeti Jeram namun semua kawasan terlibat tidak melibatkan penempatan," menurut kenyataan itu.

Keadaan di jeti Jeram di Kuala Selangor. - Foto: Unit Pengurusan Bencana Selangor

Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan tiada limpahan air melepasi ban atau benteng di daerah lain di pesisir pantai.

"Ban dan benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik.

"Keadaan selamat, terkawal dan cuaca dilapor baik dan cerah," menurut kenyataan itu lagi.