40 kesan tembakan, lebih 70 butir peluru pada bangkai gajah

Iklan
Gambar hiasan - Sumber foto intenet

SHAH ALAM - Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pasukan veterina dan Jabatan hidupan Liar Sabah ke atas seekor gajah jantan dewasa jenis Pygmy Borneo di Hulu Sungai Udin, Dumpas, Tawau menemui kira-kira 40 kesan tembakan dan lebih 70 butir peluru pada badan haiwan itu.

Memetik laporan The Star Online, pemeriksaan dijalankan turut mendapati gading gajah tersebut turut dicabut dan berdasarkan maklumat daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah sekurang-kurangnya empat atau lima pemburu terlibat.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, gambar bangkai gajah itu mula tular di media sosial pada 25 September lalu.

"Ia dijumpai terikat di tebing sungai dengan separuh badan berada di dalam air. berdasarkan luka dan peluru pada badan bangkai gajah itu, pemburu dipercayai menggunakan senajata api separuh automatik dengan tembakan jarak dekat.

Iklan

"Tidak dapat dipastikan sama ada gajah itu menderita sebelum mati tetapi ada satu kesan tembakan di bahagian sebelah kiri dan menembusi tengkorak lalu menghancurkan otak. Ini memberi makna gajah itu mati serta merta selepas ditembak," katanya.

Pada 24 September lalu, bangkai gajah itu ditemui terendam dalam sungai oleh sekumpulan pemancing ketik memancing di Hulu Sungai Udin, Dumpas dengan leher haiwan itu diikat tali.

Iklan

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan tentang bedah siasat itu dan menyifatkan ia sebagai suatu tindakan kejam.

Sementara itu, Dr Sen Nathan yang merupakan sebahagian daripada pasukan itu mengucapkan terima kasih kepada Sabah Softwood Bhd atas bantuan mereka.

Softwood Sabah menyediakan jentera berat yang diperlukan untuk membawa bangkai dari dalam sungai ke daratan dan menyediakan bot pada peringkat awal pencarian bangkai gajah itu.

Gajah pygmy dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan mana-mana pihak didapati bersalah membunuh mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun serta didenda sehingga RM250,000.