SHAH ALAM - Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terlibat dalam video tular tidak menghormati lagu ‘Negaraku’ di Sarawak, baru-baru ini.
Netizen sebelum ini meminta polis menyiasat tindakan sekumpulan individu yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku.