Piala Malaysia: Kedah buat persiapan hadapi Pahang

Iklan
Muhd Fayadh Zulkifli Amin (kanan) dengan aksi tersendiri selepas menjaringkan gol keempat Kedah bagi mengatasi PKNP FC 4-1 di Stadium Darul Aman semalam. - Foto Ihsan Mohamad Asyraf

KEDAH perlu memanfaatkan kelebihan di laman sendiri dan mendapatkan kelebihan bekalan gol terlebih dahulu bertemu Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 bertemu Pahang di Stadium Darul Aman.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, tempoh rehat kira-kira tiga minggu akan dimanfaatkan sebaik mungkin pasukannya membuat persiapan termasuk memberi ruang kepada pemain yang cedera kembali sembuh sebelum menerima kunjungan Tok Gajah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pahang adalah antara pasukan berkualiti dalam saingan Liga Malaysia selain muncul naib juara Liga Super pada musim ini.

"Pahang adalah pasukan hebat, kedua terbaik dalam Liga Super 2019. Mereka mempunyai pemain tempatan, import dan jurulatih yang berkualiti.

Iklan

"Bagi aksi separuh akhir pertama ini, kita kena dapatkan keputusan baik dulu di laman sendiri dan diakui bukan satu tugas mudah dan kami perlu bekerja keras,"katanya pada sidang media selepas perlawanan suku akhir kedua semalam menyaksikan Kedah membenam PKNP FC 4-1.

Lang Merah mara ke kelompok empat pasukan terbaik Piala Malaysia 2019 dengan agregat 6-2 selepas terdahulu menjinakkan PKNP FC 2-1 pada suku akhir pertama di Manjung pada Rabu lalu.

Iklan

Mengulas pertemuan menentang PKNP FC, Aidil Sharin berkata, beliau memuji ketenangan, disiplin dan sikap pemain-pemainnya yang berjaya mengekang asakan pelawat sepanjang perlawanan berlangsung.

"Keputusan perlawanan yang cukup baik untuk peminat. Terima kasih juga kepada pemain ke-12 Kedah kerana hadir memberikan sokongan dan nyata sokongan itu berjaya menyuntikkan motivasi kepada semua pemain.

"Kita masih boleh lagi membaiki corak dan kualiti permainan ini dan perlu bekerja keras dalam tempoh tiga minggu sebelum perlawanan separuh akhir pertama bermula. Walaupun saya akan ke Jepun untuk ikuti kursus kejurulatihan dan balik tiga hari sebelum perlawanan tersebut namun kami mempunyai barisan kejurulatihan lain yang masih mampu memberikan yang terbaik untuk pasukan ini,"katanya.