PRU15: Gabungan UMNO-Pas bakal bentuk kerajaan

Iklan
Ahmad Zahid (kiri) berkata sesuatu yang mencuit hati Abdul Hadi (kanan) sehingga kedua-duanya kelihatan tersenyum di pentas ceramah Muafakat Nasional UMNO-Pas di Dewan 2020, malam tadi. -Foto Pas Perlis

KANGAR - UMNO yakin bakal membentuk kerjasama jitu bersama Pas berdasarkan pengalaman dan kelebihan masing-masing bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mempunyai keseimbangan dan titik persamaan walaupun sebelum ini pernah bertelagah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, gabungan kedua-dua parti bakal memberi impak selepas membentuk kerjasama secara rasmi.

"Pas sudah diuji sekian lama sebagai pembangkang. Walaupun tidak pernah membentuk kerajaan di peringkat Pusat, mereka tetap istiqamah.

Iklan

"Pas juga memiliki daya tahan dan semangat perjuangan yang tinggi, UMNO pula ada pengalaman mentadbir negara. Insya-ALLAH kita akan bersama membentuk kerajaan pada PRU15,” katanya, ketika berucap pada ceramah Muafakat Nasional UMNO-Pas di Dewan 2020 malam tadi.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; serta Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, kepimpinan kedua-dua parti itu telah menjalin kerjasama sebelum PRU14 namun tidak diterjemahkan menerusi tindakan.

"Abdul Hadi sendiri pernah ke rumah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada ketika itu, ramai kepimpinan Pas juga hadir ke rumah Timbalan Perdana Menteri dengan tujuan untuk kerjasama.

Tangan yang dihulur untuk menjalin kerjasama itu disambut baik, namun sayangnya tidak diterjemah melalui bentuk tindakan, yang akhirnya menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya lalu,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, namun kekalahan BN dan Pas pada pilihan raya lalu ternyata memberi hikmah besar dengan menyaksikan penyatuan umat Islam melalui kerjasama atau ta'awun siyasi kedua parti itu.