Lebih 10 cedera letupan loji simen di barat India

Iklan
Mangsa yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital di Udaipur. - Foto Agensi

JAIPUR - Seramai 15 orang dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah loji memproses simen di barat India.

Insiden letupan itu berlaku di fasiliti yang dimiliki syarikat Birla Cement di daerah Chanderiya barat wilayah Chittorgarh semalam.

Iklan
Iklan

Laporan portal NDTV memetik kenyataan polis tempatan menyebut sekurang-kurangnya 11 mangsa yang parah terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Kami telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan.

Iklan

"Laporan penuh siasatan akan diperolehi dalam tempoh 10 hari dari sekarang.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang didapati cuai," kata jurucakap polis. - Agensi

Iklan