BASTOBE - Seorang remaja di Kazakhstan terbunuh selepas telefon pintarnya meletup di atas bantal ketika dia sedang tidur.
Alua Asetkyzy Abzalbek, 14, yang tidur sambil mendengar muzik di rumahnya ditemui mati selepas bateri telefon meletup berdekatan kepalanya.
Polis mengesahkan peranti itu telah dipasang ke soket kuasa pada masa kematiannya.
Dia dipercayai mengalami kecederaan kepala yang teruk akibat letupan itu.
Pakar forensik turut mengesahkan bahawa telefon bimbit meletup pada awal pagi kerana terlalu panas dan punca kematian kerana terlalu lama menggunakan alat itu.
Bagaimanapun jenama telefon pintar terbabit tidak didedahkan dan kematian mangsa digambarkan sebagai kemalangan tragis.
Sementara itu, sahabat baik Asetkyzy, Ayazhan Dolasheva, 15, turut berkongsi kesedihan atas kehilangan sahabatnya di media sosial.
"Saya masih tidak percaya. Awak adalah rakan yang terbaik. Kami telah bersama sejak zaman kanak-kanak lagi. Sukar untuk saya tanpa anda. Saya sangat rindukan awak. Kamu telah meninggalkan saya selama-lamanya," tulisnya. - Agensi