Proton lancar logo, slogan baharu

Iklan
PROTON melancarkan logo dan slogan baharu, Inspiring Connections dalam usaha menjadi jenama automotif moden global.

PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) baru-baru ini melancarkan logo dan slogan terbaharunya, Inspiring Connections dalam usaha menjadikannya sebagai jenama automotif moden di peringkat global.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, logo baharu dengan lambang harimau dalam rekaan bulatan telah dikemas kini dan ditinggikan seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Proton kini memasuki fasa seterusnya dengan penjenamaan baharu yang akan dipacu oleh tiga nilai teras merangkumi penggunaan teknologi inovatif, komitmen terhadap kebolehpercayaan dan penggunaan sudut pandang antarabangsa.

"Pengenalan logo itu telah membuka lembaran baharu terhadap perjalanan Proton selama ini dan sejak dua tahun lalu kami telah berjaya membuktikan kemampuan untuk menjadi sebuah jenama automotif moden.

Iklan

"Proton akan terus mengeluarkan kereta terbaik bagi membuktikan kemampuan menjadi jenama automotif moden untuk bersaing sihat di peringkat global,” katanya.

Slogan baharu Proton, Inspiring Connections pula menampilkan aspirasi jenama yang mewakili teknologi dan mobiliti dalam menghubungkan manusia dengan memberikan inspirasi kejayaan dalam kehidupan.

Iklan

Menurut jenama terkemuka negara itu lagi, model Proton X70 versi pemasangan tempatan akan menjadi model pertama menggunakan logo baharu itu.