Tahanan Uighur bakal dihukum mati

Iklan
Tashpolat Tiyip (kanan) ditahan ketika berkunjung ke Jerman pada 2017.

URUMQI - Seorang aktivis daripada etnik Islam Uighur berdepan ancaman hukuman mati ketika pihak berkuasa China melaksanakan dasar asimilasi sistematik terhadap minoriti di wilayah Xinjiang.

Amnesty International mendakwa, Tashpolat Tiyip ketika ini ditahan di kem rahsia di rantau itu atas alasan terbabit dengan aktiviti keganasan.

Iklan
Iklan

Kira-kira tiga juta penduduk Uighur ditahan dalam 'kem pendidikan semula’ yang antara lain memaksa mereka murtad.

Tambah Amnesty, Tiyip telah dijatuhi hukuman mati namun pelaksanaannya tertangguh beberapa kali.

Iklan

"Tiada siapa tahu keadaan sebenar Tiyip dan dia berdepan hukuman mati kerana tempoh penangguhan hukuman selama dua tahun akan berakhir bulan ini," kata sumber Amnesty.

Tiyip yang juga Presiden Universiti Xinjiang ditahan semasa berkunjung ke Jerman pada 2017. - Agensi

Iklan