Selangor berhak menang: Durakovic

Iklan
Mehmet Durakovic

KETUA Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic menganggap Selangor berhak meraih kemenangan 3-1 bagi menyekat langkah anak-anak buahnya pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Menurutnya, skuad Gergasi Merah telah menampilkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan itu bagi menafikan kelebihan awal yang dimiliki The Bos Gaurus selepas menang tipis 1-0 di Stadium Perak, Ipoh minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Apa yang paling penting, pemain-pemain saya seharusnya menjaringkan gol menerusi beberapa peluang yang dimilki. Apabila kita tidak menggunakan peluang itu dengan sebaiknya, maka kamu akan dihukum.

"Kredit wajar diberikan kepada pasukan Selangor, mereka berjaya mengejar kami pada saat mereka memerlukan kemenangan. Sebaliknya, kami pula melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan ini.

Iklan

"Malah, penjaga gol mereka (Khairul Azhan Khalid) juga memperagakan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa peluang berbahaya Perak," katanya sejurus tamat perlawanan.

Mengulas mutu pengadilan pada perlawanan itu, Durakovic mengakui tiada apa yang perlu diperkatakan kerana segala-galanya sudah terlambat buat The Bos Gaurus.

Iklan

"Selangor bermain sangat baik malam ini. Saya akui dalam bola sepak adakalanya kita juga memerlukan nasib dan nasib menyebelahi mereka (Selangor) selain kecemerlangan penjaga gol mereka.

"Begitupun, saya berbangga dengan pemain-pemain saya kerana mereka telah berlatih bersungguh-sungguh sepanjang masa dan mereka sangat profesional,” jelasnya.