Banjir di Utara India ragut 100 nyawa

Iklan
Gambar menunjukkan pesakit terbaring di atas katil hospital dalam air hujan kotor di Kolej Perubatan dan Hospital Nalanda di Patna.- Foto AFP

PATNA - Banjir di utara India ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu telah meragut 100 nyawa, kata pegawai semalam.

Keadaan itu turut menyebabkan jalan raya, wad hospital dan ratusan rumah penduduk di Patna, ibu kota negeri Bihar digenangi air.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya 27 terkorban di Patna dan 63 lagi meninggal dunia di Uttar Pradesh," kata jurucakap agensi bencana, M Ramachandru.

Hujan lebat di India sejak beberapa hari lalu turut mencetuskan banjir kilat dan ancaman tanah runtuh.

Iklan

Malah, ada laporan beberapa mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik dan ditimpa runtuhan tembok.

Bulan lalu, hujan lebat di Gujarat menyebabkan air Sungai Vishwamitri yang dipenuhi buaya melimpah keluar ke bandar berpenduduk 1.2 juta orang itu. - Agensi

Iklan