Hukuman bunuh terhadap pembersih kapal kekal

Iklan

PUTRAJAYA - Seorang pembersih kapal, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana membunuh seorang ahli perniagaan yang mayatnya temui hangus dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan hukuman mati atas kesalahan bunuh itu dikekalkan.

Iklan
Iklan

Hakim Yaacob yang bersidang bersama Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan P Ravinthran sebulat suara menolak rayuan Izwanuddin terhadap kesalahan dan hukuman matinya.

Izwanuddin, 38, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 1 Oktober 2017 yang mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh Yong Boon Cheong, 54, di Jalan Skudai, Danga Bay, Johor Bahru antara 6 pagi dan 7 pagi pada 4 Julai 2014.

Iklan

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak berkata, perkara yang membawa kepada pembunuhan itu bermula dengan pergaduhan antara Izwanuddin dan Yong di rumah mangsa di Danga Bay selepas Yong menuduhnya (Izwanuddin) cuba melanggar bahagian belakang kereta Jaguarnya.

Bukti daripada seorang saksi yang memberi keterangan bahawa Izwanuddin mendakwa simati membaling satu objek dan ia mengenai pintu kereta Mitsubishi Evonya.

Iklan

Mohd Sofian berkata, terdapat bukti daripada saksi mengatakan sebilah pisau berada di tangan tertuduh ketika insiden itu sekali gus sama dengan bukti patologi mengesahkan mangsa mati akibat tusukan pada dada yang telah menembusi jantung, disebabkan oleh satu objek yang tajam.

Mohd Sofian berkata, Izwanuddin juga dikenal pasti oleh seorang saksi iaitu seorang vendor petrol berikutan tertuduh membeli petrol daripadanya.

Katanya, bukti dari seorang saksi yang juga anggota jawatankuasa keselamatan Kampung Seri Paya, Parit Raja mengatakan dia menemui mayat yang hangus di dalam ladang kelapa sawit sebelum memaklumkannya kepada Ketua Kampung.

Izwanuddin diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, manakala pendakwaan dijalankan pendakwa raya Jasmee Hameeza Jaafar.

Izwanuddin mempunyai satu lagi peluang rayuan, iaitu di Mahkamah Persekutuan. - Bernama