Venezuela kecam Peru bangkitkan xenofobia

Iklan
Migran Venezuela beratur untuk mendapatkan permit warganegara sementara di luar pejabat imigresen di Lima, Peru. - Foto Agensi

CARACAS - Kerajaan Venezuela mengecam pihak berkuasa Peru kerana membangkitkan xenofobia terhadap populasi migran Caracas yang meninggalkan negara asal mereka akibat masalah ekonomi sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Venezuela menyelar tindakan memalukan dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat negara itu di Peru selepas video menunjukkan seorang migran wanita dipukul di tepi jalan pada waktu malam tular di media sosial.

Iklan
Iklan

"Tindakan tersebut menggalakkan kempen kebencian terhadap Venezuela.

"Kami mengecam kerajaan Peru kerana melanggar dan mengabaikan tanggungjawab antarabangsa dengan menggalakkan dan membenarkan tindakan pemisahan serta xenofobia," menurut kenyataan itu memetik Menteri Luar, Jorge Arreaza sebagai berkata.

Iklan

Kenyataan turut menyebut pelbagai kerajaan rasis di rantau berkenaan bekerjasama dengan pembangkang, Juan Guaido yang mendorong Venezuela ke dalam pergolakan politik pada Januari selepas menolak keputusan pilihan raya presiden pada Mei tahun lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Presiden, Nicolas Maduro.

Tindakan Guaido mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara pada Januari turut mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta sekutunya termasuk Peru yang menggesa Maduro meletak jawatan.

Iklan

Bertindak balas kepada dakwaan Venezuela, Peru yang menjadi tuan rumah kepada 850,000 migran Caracas mengeluarkan kenyataan menolak tuduhan xenofobia terbabit. - Agensi