KANGAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang kini diletakkan di bawah pengawasan rapi di Unit Rawatan Koronori (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kini dilaporkan kritikal.
Ketua Penerangan Pas Perlis, Dr Saifizi Saidon dalam satu kenyataannya berkata, atas nasihat doktor, hanya ahli keluarga terdekat Pesuruhjaya Pas Perlis itu sahaja boleh melawat, manakala individu lain diminta menangguhkan hasrat terlebih dahulu sehingga dimaklumkan kelak.