JEDDAH - Pelancong beragama Islam yang melawat Arab Saudi menggunakan visa pelancong kini boleh menunaikan umrah di Makkah dan Madinah tanpa perlu menggunakan visa umrah pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Keputusan untuk mengeluarkan visa pelancong adalah usaha kerajaan Saudi untuk mewujudkan sejuta pekerjaan dan menerima 100 juta pelancong menjelang tahun 2030.
Iklan
Iklan
Antara ciri penting lain adalah wanita tidak perlu ditemani saudara lelaki selain daripada musim haji dan tidak perlu penaja (kafeel) seperti yang diperlukan untuk bekerja.
Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi (SCTH), Ahmad Aqil Al-Khatib berkata, Saudi meraikan visa pelancong untuk semua pelawat dari seluruh dunia.
"Kami mengalu-alukan pelancongan menjadi sumber pendapatan utama dan mesin untuk mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat tempatan," katanya.
Visa pelancong juga tidak mengecualikan mana-mana agama atau kepercayaan dan pelancong boleh melakukan lawatan berganda sepanjang tahun dengan syarat setiap lawatan tidak melebihi 90 hari. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi lulus garis panduan kesopanan awam