Pemulihan ekonomi perlahan pengaruhi penurunan dividen LTAT

Iklan
Awang Azman

IPOH - Proses pemulihan ekonomi yang agak perlahan ketika ini mungkin menjadi faktor mempengaruhi penurunan pemberian dividen daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada ahlinya.

Penganalisis ekonomi dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perkembangan itu secara tidak langsung memberikan kesan kepada keyakinan rakyat termasuk pelabur.

Iklan
Iklan

"Keadaan ini sebenarnya mencerminkan keadaan pasaran semasa iaitu dari segi keyakinan pelabur, keyakinan rakyat dalam suasana pemulihan ekonomi yang agak perlahan. Orang nak perubahan agak cepat, kalau boleh dalam setahun tetapi realitinya ia mengambil masa untuk memulihkan ekonomi negara.

"Harga pasaran turun dan ini mempengaruhi pemberian bonus dan dividen," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Awang Azman berkata demikian bagi mengulas pengumuman Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berhubung pengumuman dividen sebanyak dua peratus kepada ahli-ahli LTAT bagi tahun kewangan berakhir 2018 dengan jumlah agihan RM161.2 juta.

Bagaimanapun, dividen yang akan diagihkan pada ahli minggu ini menunjukkan penurunan ketara sebanyak 51.9 peratus berbanding pendapatan bersih yang dinyatakan semula iaitu sebanyak RM459.5 bagi tahun kewangan 2017.

Iklan

Sementara itu, Awang Azman berkata, wujud persepsi berhubung penurunan dividen kali ini berbanding tahun sebelumnya.

"Ini pernah diberitahu dulu pada 2017 apabila kerugian dianggarkan sekitar RM30 juta.

"Kalau kita lihat dulu, teguran daripada Jabatan Audit Negara dan semakan semula kepada pernyataan kewangan, jadi kalau begitu situasinya, kenyataan Menteri Pertahanan, Mat Sabu ketika itu meminta agar kedudukan fizikal tahun ini dibuat dengan tepat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: LTAT telah jalankan tanggungjawab, kata Mat Sabu