'Fatwa' syahid: Polis ambil masa 3 jam rekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis telah merekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi yang mendakwa lelaki mengamuk yang ditembak mati di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang minggu lalu sebagai syahid.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan Nurul Amal direkod pada jam 11.30 pagi di pejabat D5 Bukit Aman semalam.

Iklan
Iklan

"Proses merekod keterangannya mengambil masa kira-kira tiga jam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang 23 September lalu lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di kilang terbabit mengamuk sebelum menetak penyelia wanita dan pengurus keselamatan menggunakan parang.

Iklan

Penyelia wanita berusia 47 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana parah di beberapa bahagian badan terutama di kepala manakala lelaki yang juga pengurus keselamatan berusia 53 tahun cedera, tetapi berada dalam keadaan stabil.

Suspek maut ditembak selepas dia cuba menyerang anggota polis dengan parang.

Iklan

Jumaat lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut dilaporkan memberi amaran polis akan menahan mereka yang menularkan komen berbaur perkauman dan agama berdasarkan sesuatu kes jenayah berikutan kes amuk itu.

Abdul Hamid turut menyelar tindakan individu yang membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung kejadian polis menembak mati seorang lelaki yang menetak dua rakan sekerjanya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Walaupun tidak menamakan individu terbabit beliau dipercayai merujuk kepada seorang pemimpin sebuah pertubuhan politik yang dilaporkan dalam satu ceramah menyifatkan kematian lelaki itu sebagai syahid.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan suka-suka keluar 'fatwa' syahid: KPN

Lelaki mengamuk di kilang ditembak mati