[DIKEMASKINI] Ketua pengawas UPKK maut dalam perjalanan ke sekolah

Iklan
Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa.

PASIR MAS - Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar maut dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah - Pasir Mas dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Mariana Yusof, 30-an, yang juga Ketua Pengawas UPKK sekolah berkenaan memandu kereta Proton Iswara maut di tempat kejadian yang juga berhampiran Kampung Kenjong.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.11 pagi.

"Seramai lapan anggota bersama ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II, Adnan Muhamad Juri ke lokasi kejadian.

Iklan

"Sebaik sahaja tiba di lokasi didapati sebanyak empat buah kenderaan iaitu dua motosikal dan dua kereta terbabit dalam kemalangan," katanya.

Menurutnya, seorang lagi pemandu dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan.

Iklan

Kereta Proton Iswara yang dipandu Mariana remuk dalam kemalangan tersebut.