10 minit tahan sakit tersepit dalam lori

Iklan
Anggota bomba mengambil masa hampir 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. - Foto Ihsan Bomba Selangor

DAMANSARA - Seorang pemandu lori ais terpaksa menahan sakit lebih 10 minit akibat tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran stesen MRT Kwasa Sentral Kota Damansara di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Terdapat seorang lelaki berusia 48 tahun yang merupakan pemandu lori ais cedera di bahagian kaki akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan tersebut," katanya.

Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh mengambil masa hampir 10 minit mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Iklan

Mangsa menahan sakit lebih 10 minit akibat tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Selangor

Iklan