PATI ditahan ketika bercuti ke Kuala Lumpur

Iklan
PATI ditahan dalam pemeriksaan Ops Bersepadu di R&R Gunung Semanggol semalam.

BAGAN SERAI - Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Perak dalam pemeriksaan Ops Bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol arah selatan, semalam.

Operasi lebih dua jam bermula jam 9.45 pagi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom, PLUS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Iklan
Iklan

Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, kesemua lelaki berusia 26 hingga 50 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan bas ekspres yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, seramai 103 individu telah diperiksa dan 18 yang ditahan merupakan tujuh warga Bangladesh, Myanmar (3), Indonesia (3), Nepal (2), India (2) dan seorang warganegara Sri Lanka.

Iklan

"Ketika pemeriksaan, ada yang bertindak menyembunyikan diri di tempat duduk masing-masing dalam usaha mengelak daripada ditahan.

"Hasil siasatan mendapati mereka dalam perjalanan dari Pulau Pinang dikatakan bercuti sambil melawat rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Kamalludin berkata, siasatan mendapati mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa di negara itu.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dalam membanteras kebanjiran PATI,” katanya.

PATI ditahan dalam pemeriksaan Ops Bersepadu di R&R Gunung Semanggol semalam.