BALING - Penceramah agama, Ustaz Azman Shafawi tidak menolak kemungkinan ada motif politik di sebalik sekatan terhadapnya menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di sebuah masjid di sini, malam ini.
Beliau yang juga Pegawai Penyelidikan Pejabat Menteri Besar Terengganu berkata, ceramah Maulidur Rasul disekat pada saat akhir sedangkan ia dihebahkan kepada orang ramai dua minggu lebih awal.
Menurutnya, pihak penganjur turut menghebahkan program itu melalui poster, 'banner' dan iklan di media sosial.
"Bagi saya...saya pun datang dari Terengganu, mungkin dari sudut isu teknikal kemungkinan ada.
"Kemungkinan juga satu arahan yang lebih berbentuk politiklah, saya rasa daripada pihak atasan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini malam ini.
Beliau berkata, arahan tidak membenarkan program dianjurkan sepatutnya diumum lebih awal, bukannya pada saat akhir.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan ceramah berkenaan diubah ke Surau Al-Akhlaqiah Kampung Landak yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi asal.
Situasi itu tidak menghalang orang ramai hadir bagi mendengar kuliah agama disampaikan.