Jokowi sedia berunding dengan pemisah Papua

Iklan
Joko Widodo. - Foto: AFP

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi membuka peluang untuk mengadakan rundingan dengan puak pemisah di wilayah Papua.

Tawaran itu dibuat tujuh minggu selepas insiden rusuhan ganas melibatkan mahasiswa dengan pasukan keselamatan.

Iklan
Iklan

Ketika ditanya adakah beliau bersetuju untuk bertemu dengan aktivis Papua yang menuntut referendum kemerdekaan, Jokowi menjawab"Ya, tiada masalah."

"Saya akan bertemu dengan sesiapa pun jika mereka benar-benar mahu berjumpa saya," katanya.

Iklan

Sementara itu jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Papua Barat (KNPB), Victor Yeimo berkata, badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau negara asing perlu menjadi orang tengah dalam sebarang rundingan yang diadakan.

"Kita perlu bercakap tentang referendum dan punca utama di sebalik tuntutan kemerdekaan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Seorang lagi pemimpin pemisah daripada Gerakan Pembebasan Bersatu untuk Papua Barat (ULMWP), Benny Wenda terbuka dengan cadangan untuk mengadakan rundingan

"Pertemuan hanya diadakan sekiranya semua tentera dan polis keluar dari tanah Papua. Adalah tidak mungkin rundingan dapat dibuat jika masih ada ancaman terhadap nasib rakyat Papua," tegasnya. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

21 terbunuh rusuhan di Papua

Polis larang demonstrasi di wilayah Papua

Penduduk yang melarikan diri berkumpul di sebuah padang di Wamena susulan rusuhan yang berlaku di bandar itu. - Foto AFP