Tak sempat buat kelas ulang kaji UPKK

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mariana Yusoh

PASIR MAS - Hasrat seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar untuk membuat kelas ulangkaji terakhir untuk muridnya menjelang peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) hari ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan.

Mariana Yusoh, 31, yang ketika itu dalam perjalanan ke SK Kelar maut selepas kereta jenis Proton Iswara yang dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Tanah Merah - Pasir Mas berhampiran Kampung Kenjong dekat sini.

Iklan
Iklan

Kemalangan kira-kira jam 8 pagi turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda BRV yang dipandu Yusfajuliza Yusuf, 33 dan dua buah motosikal.

Yusfajuliza patah tangan dan luka di tangan serta muka manakal dua penunggang motosikal dan seorang pembonceng cedera ringan.

Iklan

Rakan setugas mangsa, Hadri Mohd Suhaimi, 25, menyifatkan Allahyarham seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

"Bila dapat tahu perkara ini, saya tawarkan diri untuk membantunya ambil kertas soalan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, menurutnya dia dikejutkan dengan berita mengatakan rakan setugasnya itu terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Ketua pengawas UPKK maut dalam perjalanan ke sekolah

Sementara itu, suami mangsa, Mat Yusof Che Hussin, 43, berkata, dia mengetahui kemalangan yang menimpa isterinya pada jam 8.30 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Arwah sudah 10 tahun bertugas sebagai guru KAFA. Insya-ALLAH dia akan dikebumikan di Kampung Kebor Besar Manir, Teregganu," katanya.

Mat Yusof (kiri) dan Hadri (kanan) di Unit Forensik Hospital Pasir Mas menunggu jenazah Mariana.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Pasir Mas, Superintanden Ismail Jusoh berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.