Syukur, enam beranak tak lagi tinggal dalam kabin

Iklan
Rozlin (dua dari kiri) bersama Suhami (dua dari kanan) dan Farizan (kanan) di hadapan rumah baharu diterimanya melalui projek Baiti Jannati TNB.

SEREMBAN - Nasib enam beranak yang sebelum ini tinggal dalam kabin berakhir apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghadiahkan sebuah rumah melalui projek Baiti Jannati TNB.

Ketua TNB Negeri Sembilan, Mahamad Farizan Mahamad berkata, projek yang diadakan sejak tahun 2008 itu sudah membantu 32 keluarga miskin di negeri ini dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM1.23 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak empat keluarga terdiri daripada asnaf dan ibu tunggal telah dibantu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM200,000.

"Projek ini dijalankan susulan kepada saranan kerajaan supaya GLC (syarikat berkaitan kerajaan) memainkan peranan membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan yang memerlukan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci rumah projek Baiti Jannati yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Suhaimi Kassim di Kampung Panchor, dekat sini hari ini.

Rumah berkeluasan 700 kaki persegi itu dilengkapi kemudahan tiga bilik, tandas dan tuang tamu yang mula dibina pertengahan Ogos lalu membabitkan kos RM50,000.

Iklan

Farizan (dua dari kiri) dan Suhaimi semasa berbual Rozlin sekeluarga selepas penyerahan rumah disumbangkan TNB.

Sementara itu, Rozlin Che Rus ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terharu dengan bantuan diterimanya.

"Sejak setahun lalu saya sekeluarga terpaksa tinggal dalam kabin disebabkan tidak mampu untuk menyewa rumah.

"Saya tak bekerja dan mengharapkan kudrat suami yang hanya bekerja kampung untuk menampung keluarga termasuk enam anak berusia 3 hingga 13 tahun.