Lelaki di perkampungan Miejsce Ordzankie semakin 'pupus'

Iklan
Anggota bomba sukarela dibarisi wanita. - Foto The New York Times

POLAND - Bilangan lelaki di perkampungan Miejsce Ordzankie dilihat semakin 'pupus' apabila dalam tempoh 10 tahun tiada kelahiran bayi lelaki direkodkan.

Isu tersebut menarik perhatian umum apabila kali terakhir bayi lelaki dilahirkan pada tahun 2009.

Iklan
Iklan

Keadaan itu menimbulkan misteri selain menyebabkan para saintis bingung kerana gagal merungkai situasi tersebut.

The New York Times melaporkan kampung itu kali pertama mendapat perhatian beberapa media Poland selepas menghantar pasukan diwakili semua wanita dalam pertandingan anggota bomba sukarela di peringkat wilayah.

Iklan

Jelas Datuk Bandar, Krystyna Zydziak, sejak itu pihaknya tidak keruan apabila terpaksa melayan pertanyaan media tanpa henti.

Difahamkan anggota bomba, pemandu traktor, semuanya digalas wanita berbanding di negara luar.

Iklan

Beberapa pasangan yang masih menetap di kampung itu langsung tidak mempunyai anak lelaki apabila semua 12 bayi yang dilahirkan adalah perempuan sejak satu dekad lalu.

Penduduk juga hairan kerana kesemua bayi itu adalah perempuan namun mempercayai ia hanyalah kebetulan.

Pada musim panas dianggap waktu paling sibuk di kampung ini apabila penduduk bersedia untuk menuai tanaman jagung selain tanaman gandum.

Sudah pasti tenaga kerja adalah wanita memenuhi kawasan ladang termasuk Adriana Pieruszka, 20, yang terpaksa menghabiskan cuti dengan membawa traktor di ladang gandum milik keluarga.

Kenderaan juga jarang dilihat melalui kawasan itu memandangkan tiada sekolah, kafe, restoran atau pasar raya dan hanya jabatan bomba suka rela menjadi tumpuan sosial masyarakat di situ.

Berbanding perkampungan lain di Poland, kampung ini telah menyaksikan penurunan populasi penduduk secara mendadak.

Selepas Perang Dunia II, penduduk seramai kira-kira 1,200 orang namun kini dipercayai hanya seramai 272 orang.

Adriana juga mahir mengendalikan traktor di ladang gandum milik keluarganya. - Foto: The New York Times