NOKIA Corporation (Nokia), HMD Global mengembalikan nostalgia lampau apabila memperkenalkan dua model telefon pintar, Nokia 7.2 dan Nokia 6.2 buat peminat mereka selain dua fitur terbaharu, Nokia 2720 Flip dan Nokia 110.
Nokia 7.2 hadir dengan tetapan tiga kamera 48 mega pixel (mp) menampilkan ZEISS Optics manakala Nokia 6.2 pula memperlihatkan gandingan PureDisplay selain tetapan tiga kamera yang canggih dikuasakan teknologi AI.
Reka bentuk kompak yang diperbaharui, Nokia 2720 Flip bercirikan kebolehgunaan rentetan daripada pengintegrasian teknologi AI selain Nokia 110 umpama hiburan dalam poket itu turut diperkenalkan dengan harga RM120 sahaja dan pilihan warna ‘Ocean Blue’, hitam serta merah jambu.
Menurut Ketua Pan-Asia HMD Global, Ravi Kunwar, Malaysia sejak sekian lama telah menjadi pasaran yang istimewa bahkan ramai pengguna setia Nokia berada di negara ini.
"Mereka mendorong kami untuk membawakan prestasi dan pengalaman kepenggunaan yang lebih baik melalui portfolio telefon asas serta telefon pintar selain berpegang pada janji untuk membawakan perisian yang tulen, selamat dan terkini.
"Telefon bimbit kami juga akan terus dibekalkan dengan pengemaskinian sistem operasi selama dua tahun dan pengemaskinian sekuriti bulanan selama tiga tahun untuk menzahirkan sebuah pengalaman yang sentiasa dapat diperkayakan buat para pengguna.
"Oleh itu, dengan sukacitanya, kami melancarkan Nokia 7.2 dan Nokia 6.2 termasuk Nokia 2720 Flip dan Nokia 110 ini,” ujarnya pada majlis pelancaran gajet baharu Nokia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Pengurus Malaysia dan Myanmar, HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, Malaysia merupakan sebuah pasaran yang menarik kerana terdiri daripada populasi pengguna bijak yang mahukan inovasi teknologi, fungsi baharu dan paling penting sekali, aspek sekuriti dalam sesuatu peranti.
Katanya lagi, telefon asas yang beroperasi melalui rangkaian 2G masih digunakan secara meluas di Malaysia dan telefon asas jenama Nokia juga masih menerajui kategori alat komunikasi.
"Sehubungan itu, kami sedang membuat penambahan baharu ke atas portfolio telefon asas kami yang sedia ada untuk menjadikannya lebih baik dan berupaya untuk memanfaatkan rangkaian 4G.
"Lantas, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Nokia 2720 Flip baharu yang menyokong rangkaian 4G. Ia hadir bersama aplikasi WhatsApp, Facebook, Google Maps, Google Assistant dan Gmail. Ia merupakan sebuah peranti hibrid yang sempurna buat penggemar telefon pintar dan telefon asas," ujarnya.
Secara asasnya, Nokia 2720 Flip merupakan sebuah telefon kompak, namun mempunyai ciri kebolehgunaan yang tinggi rentetan daripada pengintegrasian teknologi AI.
Justeru, ia merupakan peranti yang sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah aksesibiliti ataupun bagi mereka yang ingin mengehadkan pengaruh digital dalam hidup mereka.
ANEKDOT
Nokia 7.2:
- Pelbagai hasil pengimejan yang eksklusif dirungkaikan, Nokia 7.2 terbaharu meneruskan legasi telefon bimbit Nokia melalui penggunaan teknologi pengimejan dan kefungsian yang unik.
- Menerusi pengintegrasian bokeh profesional bertaraf DSLR yang pertama diperkenalkan melalui sebuah telefon pintar dalam industri ini, Nokia 7.2 didatangkan dengan pelbagai corak bokeh ZEISS yang unik tersedia dalam mod potret untuk membolehkan anda mengambil imej berkualiti tinggi pada bila-bila masa.
- Corak bokeh ini mampu menghasilkan semula impak visual tinggi dan efek kabur yang sinonim dengan keupayaan lensa ZEISS.
- Nokia 7.2 juga membolehkan latar hadapan dan belakang dikaburkan untuk meniru efek bokeh optikal semula jadi, lantas pengguna dapat menyerlahkan kreativiti mereka menerusi fungsi tersebut.
- Menawarkan pengimejan cahaya berintensiti rendah yang canggih menerusi mod malam dengan menggunakan teknologi AI bagi pelakuran imej cahaya berintensiti rendah (AI low light image fusion technology), berserta kamera 48MP utama yang mempunyai ciri sensitiviti tinggi.
- Boleh didapati bermula pada 20 September lalu dengan harga RM1,299 dan ia hadir dalam warna ‘Charcoal’, ‘Cyan Green’, ‘Ice’ menerusi varian memori 6GB/128GB
Nokia 6.2:
- Paparan menawan dan tetapan tiga kamera serba canggih.
- Telefon pintar Siri 6 Nokia yang pertama bakal merungkaikan tiga kamera dan teknologi PureDisplay. Nokia 6.2 menawarkan visual yang menawan dan aspek pengimejan yang canggih menerusi pakej yang berpatutan.
- Nokia 6.2 membawakan fungsi HDR yang sentiasa aktif ke dalam segmen telefon pintar yang baharu. Turut menampilkan teknologi PureDisplay dikuasakan oleh pemproses visual yang khusus untuk menghasilkan kira-kira satu bilion versi warna yang berbeza.
- Menerusi kombinasi kefungsian AI dan tetapan sensor tiga kamera yang berkuasa tinggi, Nokia 6.2 membolehkan para pengguna mengambil gambar yang lebih terperinci, potret bokeh dan imej bersudut lebar.
- Dengan hayat bateri bertempoh dua hari, para peminat telefon itu dapat menggunakannya dengan lebih lama untuk memenuhi keperluan masing-masing.
- Boleh didapati dari awal bulan Oktober ini pada harga RM899 serta ia dijual di kedai rasmi Nokia Malaysia di Lazada.
Nokia 2720 Flip:
- Hadir dengan aplikasi WhatsApp dan Facebook untuk memastikan pengguna dapat kekal terhubung. - Selain fungsi Google Assistant yang berada di hujung jari, pengguna boleh menggunakan suara untuk melakukan pelbagai perkara menerusi telefon bimbit ini.
- Untuk situasi kecemasan, Nokia 2720 Flip disertakan dengan butang kecemasan dan menu informasi ICE (In Case of Emergency)
- Nokia 2720 Flip bukan sahaja peneman yang ideal jika pengguna mahukan ‘detoks digital’, malah ia juga berfungsi sebagai peranti yang tepat bagi individu yang mempunyai masalah aksesibiliti agar mereka dapat kekal terhubung.
- Boleh didapati pada 20 September 2019 pada harga RM359. Hadir dalam warna hitam.
Nokia 110:
- Turut disertakan dengan permainan video kegemaran yang klasik seperti Snake dan hayat bateri yang membolehkan pengguna membuat panggilan telefon dari siang ke malam dengan hanya sekali mengecaj.
- Boleh didapati dari awal bulan Oktober ini pada harga RM120 dan ia hadir dalam warna ‘Ocean Blue’, hitam dan merah jambu.