Bagi Solskjaer lebih masa

Iklan
Solskjaer berada dalam situasi tertekan ekoran prestasi hambar United ketika ini.

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer wajar diberikan lebih masa bagi memperbaiki situasi di Old Trafford untuk memastikan kelab terkaya dunia itu kembali menguasai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas kapten The Red Devils, Roy Keane berkata, beliau yakin Solskjaer berada di landasan terbaik mengembalikan semula kelab itu ke era kegemilangan mereka seperti sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya tiada keraguan mengenai pemilihan Solskjaer, cumanya Solskjaer perlu diberikan lebih masa membangunkan kelab yang musim ini dibarisi pemain muda dan baharu.

"Permulaan liga yang sukar bagi Solskjaer kerana terdapat enam atau tujuh pemain muda yang sedang belajar,” kata bekas bintang United berusia 48 tahun tu.

Iklan

Pada aksi di Old Trafford awal pagi semalam, United terikat 1-1 ketika melayan kunjungan Arsenal, sekali gus menyaksikan The Red Devils berdepan rekod permulaan terburuk dalam EPL.

United kini berada di tangga ke-10 selepas mengumpul sembilan mata daripada tujuh perlawanan - hanya dipisahkan jumlah jaringan dengan kelompok pasukan bawahan liga.

Iklan

Menurut Keane, skuad kendalian Solskjaer itu tidak boleh mencipta keajaiban dalam masa yang singkat.

"Pengurusan dan penyokong kena bersabar dan memberi lebih masa kepada pemain berkembang kerana kejayaan tidak akan hadir semalaman.

"Saya percaya, Solskjaer juga sedang kecewa, tertekan kerana tidak banyak memenangi banyak perlawanan tetapi pada masa sama, beliau berusaha menanganinya,” jelas Keane.

Ditanya mengenai aksi kedua-dua pasukan itu, Keane berkata, Manchester United dan Arsenal tidak beraksi pada tahap terbaik kerana kurang kreativiti dalam mencipta peluang menjaringkan gol.