Bongkah ais retak, terpisah di Antartika

Iklan
Para saintis mendakwa peristiwa itu adalah sebahagian daripada kitaran biasa dan tidak ada kaitan dengan perubahan iklim.- Foto AFP

WASHINGTON - Lebih dari 1,550 kilometer persegi bongkah ais retak dan terpisah di Antartika sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, para saintis mendakwa peristiwa itu adalah sebahagian daripada kitaran biasa dan tidak ada kaitan dengan perubahan iklim.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pemerhatian daripada satelit Eropah dan Amerika, ikon ais digelar D28, terpisah dari rak ais Amery antara 24 dan 25 September lalu.

Menurut Program Copernicus Eropah, ia berukuran 1,582 kilometer persegi.

Iklan

Ahli kaji glasier dari Amerika Syarikat, Helen Amanda Fricker mendapati ia adalah setebal kira-kira 210 meter dan mengandungi 315 bilion tan ais.

Sementara itu, Profesor di Institut Oseanografi Scripps di University of California, Fricker pula berkata, rak ais harus kehilangan jisim kerana ia perlu mengekalkan saiz yang sama.

Iklan

Pertambahan jisim tersebut diperoleh daripada salji yang turun di benua dan glasier yang bergerak perlahan ke arah pantai.

Di sebelah timur Antartika, D28 berpisah dengan cepat akibat pemanasan menyebabkan perubahan iklim.

"Adalah sangat penting supaya orang ramai tidak keliru dan menganggap keadaan ini berlaku kerana perubahan iklim," kata Fricker.

Dua tahun lalu, sebuah aisberg yang saiznya tiga kali lebih besar dan terpisah di Antartika turut mencetuskan panik pada masa itu.

"Dalam masa yang sama, kami juga tidak mahu orang ramai beranggapan bahawa perubahan iklim tidak berlaku," jelas Fricker lagi.- AFP

Lebih dari 1,550 kilometer persegi bongkah ais retak dan terpisah di Antartika sejak akhir-akhir ini.- Foto AFP