KASIHAN anak-anak yang dibiarkan bermain sendiri. Tambahan pula pada masa sekarang kebanyakan penjaga sekali pun ibu bapa mengambil jalan mudah 'mendiamkan' anak dengan memberikan gajet.
Kadangkala mengambil jalan mudah sebegini lebih membantutkan dunia pembelajaran menggunakan deria si anak kecil dibuatnya!
Perkembangan tumbesaran seseorang individu sebenarnya bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Ia berterusan selepas proses kelahiran sehingga ke peringkat dewasa.
Perkembangan itu meliputi pelbagai aspek. Antaranya merujuk kepada perkembangan fizikal, interaksi dan komunikasi sosial, kawalan emosi serta tingkah laku dan kognitif.
Lantaran itu, bagi menyokong perkembangan sihat, salah satu proses yang dikenali sebagai integrasi sensori (deria) perlu berlaku dengan berkesan dan teratur.
Proses berkenaan terjadi di dalam otak yang mana kesemua rangsangan sensori seperti sentuhan, keseimbangan, penglihatan, pendengaran dan bau yang diterima dari dalam dan luar tubuh akan diproses. Ia bagi membolehkan kanak-kanak tersebut bertindak balas dengan persekitaran secara efektif dan bersesuaian.
Pun begitu, segelintir kanak-kanak mengalami kesukaran memproses maklumat sensori itu. Mereka lazimnya berdepan dengan kesukaran untuk melaksana dan melibatkan diri dalam aktiviti harian, pembelajaran termasuk bermain.
Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Mohd Hazlan Umar Jalali berkata, terdapat ciri-ciri kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam memproses maklumat sensori.
"Antara ciri-ciri dapat dilihat bagi kanak-kanak yang mengalami kesukaran mengawal atur maklumat sensori adalah seperti sering tidak suka disentuh, rasa gangguan terhadap bunyi melalui persekitaran, memilih dan cerewet terhadap jenis makanan dan mengelakkan diri daripada memberus gigi atau menggunting rambut. Ini kerana mereka merasakan maklumat sensori yang diterima terlalu sensitif.
"Mengalami kesukaran dalam mentafsir jenis-jenis maklumat sensori yang diterima seterusnya menyebabkan mereka sukar untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Kesulitan mengawal emosi, melibatkan diri dengan aktiviti di dalam dan luar kelas dan daya tumpuan juga lemah,” kata ahli terapi Sensori Integrasi Terlatih itu kepada Sihat:Aktif baru-baru ini.
Pun demikian, ujar Mohd Hazlan, ciri-ciri tersebut berbeza antara seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Kesukaran memproses maklumat sensori itu bukan sahaja boleh dilihat pada anak istimewa, malah boleh berlaku kepada kanak-kanak tipikal.
Intervensi awal, berterusan
Sementara itu, Pengajar Program Pemulihan Cara Kerja, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Nur Hidayah Mohamed Ibrahim berkata, kanak-kanak memerlukan intervensi integrasi sensori seawal mungkin.
"Intervensi awal dapat melatih mereka untuk memproses maklumat sensori secara lebih teratur dan membolehkan mereka belajar dan memberi tindak balas yang positif terhadap persekitarannya. Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi merangsang sistem deria anak-anak mereka.
"Sediakan persekitaran untuk mereka bergerak secara aktif dan libatkan mereka dalam aktiviti yang meningkatkan kemahiran perkembangan mereka seperti melalui laluan berhalangan atau membaling bola ke arah sasaran yang ditetapkan. Rangsang deria mereka dengan aktiviti berenang, menunggang kuda, seni dan kraftangan, muzik, tarian dan juga aktiviti lain yang melibatkan pergerakan yang aktif," katanya.
Selain itu, ibu bapa juga harus memberi galakan positif dan sokongan berterusan kepada anak-anak mereka.
Berikut antara tip yang dikongsikan Nur Hidayah dan Mohd Hazlan kepada ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka khususnya yang mengalami kesukaran integrasi deria:
1. Sentiasa mendapatkan nasihat juruterapi atau Pegawai Pemulihan Carakerja sebelum memberi sebarang stimulasi deria. Stimulasi yang tidak memenuhi keperluan tidak akan memberi kesan maksima, malah jika tidak dirancang dengan baik boleh memberi kesan negatif kepada emosi mereka untuk mencuba sesuatu aktiviti.
2. Perancangan aktiviti deria yang spesifik amat penting kerana setiap kanak-kanak mempunyai keperluan yang berbeza.
3. Fahami dan kenal pasti kekuatan serta kelemahan kanak-kanak tersebut bagi menyediakan persekitaran yang berkesan dan menyokong intervensi yang diberi. Sebagai contoh, screen time yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menjadi faktor kepada gangguan perkembangan deria kanak-kanak dan tidak membina persekitaran yang menyokong sistem deria mereka.
4. Sentiasa pantau perkembangan anak mengikut peringkat umur mereka. Peka terhadap sebarang kelewatan yang ditunjukkan. Contohnya dari aspek kelewatan bertutur, tidak bermain dengan rakan sebaya, kesukaran mengawal emosi, kurang respons terhadap sebarang interaksi sosial dan banyak lagi.
5. Galakkan kanak-kanak bermain secara aktif dan bersosial dengan rakan sebaya. Ibu bapa perlu cakna terhadap perkembangan emosi anak-anak mereka.

CIRI- CIRI deria lazimnya berbeza antara seorang kanak-kanak dengan rakan sebayanya yang lain.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Lantaran itu, bagi menyokong perkembangan sihat, salah satu proses yang dikenali sebagai integrasi sensori (deria) perlu berlaku dengan berkesan dan teratur.
Proses berkenaan terjadi di dalam otak yang mana kesemua rangsangan sensori seperti sentuhan, keseimbangan, penglihatan, pendengaran dan bau yang diterima dari dalam dan luar tubuh akan diproses. Ia bagi membolehkan kanak-kanak tersebut bertindak balas dengan persekitaran secara efektif dan bersesuaian.
Pun begitu, segelintir kanak-kanak mengalami kesukaran memproses maklumat sensori itu. Mereka lazimnya berdepan dengan kesukaran untuk melaksana dan melibatkan diri dalam aktiviti harian, pembelajaran termasuk bermain.
PERKEMBANGAN motor kasar dan motor halus boleh dirangsang melalui permainan.
Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Mohd Hazlan Umar Jalali berkata, terdapat ciri-ciri kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam memproses maklumat sensori.
"Antara ciri-ciri dapat dilihat bagi kanak-kanak yang mengalami kesukaran mengawal atur maklumat sensori adalah seperti sering tidak suka disentuh, rasa gangguan terhadap bunyi melalui persekitaran, memilih dan cerewet terhadap jenis makanan dan mengelakkan diri daripada memberus gigi atau menggunting rambut. Ini kerana mereka merasakan maklumat sensori yang diterima terlalu sensitif.
"Mengalami kesukaran dalam mentafsir jenis-jenis maklumat sensori yang diterima seterusnya menyebabkan mereka sukar untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Kesulitan mengawal emosi, melibatkan diri dengan aktiviti di dalam dan luar kelas dan daya tumpuan juga lemah,” kata ahli terapi Sensori Integrasi Terlatih itu kepada Sihat:Aktif baru-baru ini.
MOHD HAZLAN
Pun demikian, ujar Mohd Hazlan, ciri-ciri tersebut berbeza antara seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Kesukaran memproses maklumat sensori itu bukan sahaja boleh dilihat pada anak istimewa, malah boleh berlaku kepada kanak-kanak tipikal.
Intervensi awal, berterusan
Sementara itu, Pengajar Program Pemulihan Cara Kerja, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Nur Hidayah Mohamed Ibrahim berkata, kanak-kanak memerlukan intervensi integrasi sensori seawal mungkin.
"Intervensi awal dapat melatih mereka untuk memproses maklumat sensori secara lebih teratur dan membolehkan mereka belajar dan memberi tindak balas yang positif terhadap persekitarannya. Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi merangsang sistem deria anak-anak mereka.
"Sediakan persekitaran untuk mereka bergerak secara aktif dan libatkan mereka dalam aktiviti yang meningkatkan kemahiran perkembangan mereka seperti melalui laluan berhalangan atau membaling bola ke arah sasaran yang ditetapkan. Rangsang deria mereka dengan aktiviti berenang, menunggang kuda, seni dan kraftangan, muzik, tarian dan juga aktiviti lain yang melibatkan pergerakan yang aktif," katanya.
NUR HIDAYAH
Selain itu, ibu bapa juga harus memberi galakan positif dan sokongan berterusan kepada anak-anak mereka.
Berikut antara tip yang dikongsikan Nur Hidayah dan Mohd Hazlan kepada ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka khususnya yang mengalami kesukaran integrasi deria:
1. Sentiasa mendapatkan nasihat juruterapi atau Pegawai Pemulihan Carakerja sebelum memberi sebarang stimulasi deria. Stimulasi yang tidak memenuhi keperluan tidak akan memberi kesan maksima, malah jika tidak dirancang dengan baik boleh memberi kesan negatif kepada emosi mereka untuk mencuba sesuatu aktiviti.
2. Perancangan aktiviti deria yang spesifik amat penting kerana setiap kanak-kanak mempunyai keperluan yang berbeza.
RANGSANGAN deria penting untuk diberikan sejak dari kecil.