Isu larangan bacaan doa: 9 individu lagi akan dipanggil

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang melarang bacaan doa pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita juga telah menerima 10 laporan iaitu satu di Selangor, 1 di Kedah dan selebihnya di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 C Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.

Iklan

Terdahulu Mior memberitahu siasatan kes berkenaan dilakukan selepas laporan pertama dibuat pada Jumaat lalu.

Satu laporan polis diterima yang mendakwa beberapa individu hadir dalam satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang yang menyatakan bacaan doa dalam majlis itu tidak dibenarkan.

Iklan