Penyeludup dadah berpaut pada bongkah kokain

Iklan
Penyeludup dadah yang berpaut pada bongkah kokain diselamatkan pengawal pantai. - Foto: AFP

BOGOTA - Tiga individu disyaki penyeledup dadah terselamat selepas terapung selama beberapa jam di perairan Pasifik dipenuhi jerung dengan berpaut pada bongkah kokain, kata tentera laut Colombia.

Menurut Kapten Jorge Maldonado dari Pasukan Petugas Penyeludupan Dadah Colombia, tiga warga Columbia itu disyaki menyeledup 1.2 tan kokain dari Tumaco apabila bot dinaiki mereka dibadai ombak lalu karam Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Maldonado berkata, ketika diselamatkan oleh kapal pengawal pantai Colombia kira-kira 30 batu nautika dari Tumaco, mereka berada dalam air selama tujuh jam.

"Ketika pengawal pantai tiba, ketiga-tiga mereka terapung sambil berpaut pada bongkah dipercayai dadah," kata Maldonado.

Iklan

Mereka dibawa ke pantai bersama bongkah terbabit yang kemudian disahkan kokain hidroklorida.

Kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan akan berdepan tuduhan menyeludup dadah.

Iklan

Dalam pada itu, pencarian sedang dilakukan bagi mengesan lelaki keempat yang dikatakan berada bersama mereka ketika kejadian.

Maldonado menambah berkemungkinan besar mereka dalam perjalanan menuju Amerika Tengah.

Pelabuhan Tumaco merupakan salah satu laluan utama menyeludup dadah keluar dari Colombia yang juga pengeluar terbesar kokain ke Amerika Tengah dan Amerika Syarikat. - AFP