KLUANG - [DIKEMASKINI] Gara-gara memakai jaket terbalik seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila jaketnya tersangkut pada tayar motosikal dan hampir menjerut lehernya.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan Fatin Khalidah Mohamad Kholim yang kini tular selepas dia berkongsi kejadian tersebut di laman sosial Facebooknya.
Tragedi itu juga sempat dirakam melalui 'dashcam' di dalam keretanya dan turut berkongsi video tersebut bagi memberi pengajaran kepada orang ramai bahawa bahayanya memakai jaket dalam keadaan terbalik.
Fatin Khalidah berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan saluran pernafasan mangsa tersekat akibat jaket tersebut membelit lehernya.
"Dalam video boleh nampak baju jaket yg dipakai mangsa, menjadi ancaman (potential threat) kepada mangsa dan tersangkut yang menyebabkan mangsa hilang kawalan.
"Masa suami dan ada seorang pak cik yang mula-mula tolong, memang nampak dah mangsa dalam keadaan 50-50,"katanya.
Namun Fatin Khalidah bersyukur mangsa mula sedar selepas menerima bantuan kecemasan oleh orang awam menerusi Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).
Dia turut berasa lega kerana suaminya yang memandu dan segera memberi bantuan kepada penunggang motosikal tersebut.
"Kalau motor tu terpelanting ke kereta, kami pun tak tahu lagi apa nasib. Syukur pada ALLAH juga kerana izinkan kereta kami berhenti, tak terlanggar mangsa walaupun 'struggle husband' kawal kereta masa tu.
"Syukur pada ALLAH juga kerana mengizinkan kereta kami untuk berhenti tak terlanggar mangsa walaupun suami bersungguh untuk kawal kereta masa tu.
"Kalau perkara ini jadi kepada diri saya sendiri, saya akan jadi kalut, berdebar, jadi blank dan tak tidak tahu nak buat apa pada ketika itu,"katanya.
Dalam pada itu dia turut menasihatkan orang ramai yang menggunakan motosikal memakai jaket dalam keadaan yang betul.
"Boleh dikatakan pakai jaket atau baju hujan terbalik atau ke belakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda.
"Jadi pada keluarga and kawan-kawan yg menggunakan motor ke tempat kerja atau ke mana-mana, tolong pakai baju dalam keadaan yang betul dan sempurna. Malang tu tak berbau. Sekelip mata je boleh jadi," katanya.