IPOH - Seorang pelajar tingkatan dua hampir sahaja tidak dapat memulakan sesi persekolahan esok apabila ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Kledang Utara, pagi tadi.
Dalam operasi bermula jam 2.30 pagi, pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Baru Bali, Tronoh itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas bapanya hadir ketika pemeriksaan lanjut dilakukan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, remaja berkenaan antara empat yang ditahan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 153 penunggang motosikal.
Menurutnya, dua individu masing-masing berusia 18 dan 29 tahun ditahan atas kesalahan sama sementara seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 45 (1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.