Zarina Zainuddin didenda RM 17,500 jual kosmetik tidak berdaftar

Iklan

PELAKON Zarina Zainuddin, 48, didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi, Januari lalu.

Majistret, M Bharat menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku salah ke atas enam pertuduhan terhadapnya yang kebanyakannya membabitkan kosmetik tidak berdaftar tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, Zarina yang merupakan, Pengarah Syarikat Addura Marketing dituduh memiliki kesemua barangan kosmetik itu yang dijualnya secara dalam talian.

Kesemua barangan berkenaan dirampas pihak Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) di sebuah Premis di Subang Jaya.

Iklan

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwaraya,Ong Sally mewakili Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor.

Ketika pertuduhan dibacakan, Zarina yang tidak diwakili peguam, turut mengalirkan air mata.

Iklan

Bagaimanapun Zarina akur dengan keputusan mahkamah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, M Bharat.

Sementara itu, Zarina ketika keluar dari kamar mahkamah dilihat menepis telefon bimbit milik seorang wartawan yang sedang merakam gambarnya sehingga terjatuh.

"Saya tak sukalah," katanya kelihatan marah dengan tindakan wartawan wanita yang merakam gambarnya.

Zarina kemudian beredar dengan menutup wajahnya menggunakan kertas dan dibawa oleh polis mahkamah bagi membayar denda itu.

Difahamkan ini bukan kali pertama Zarina dituduh di mahkamah atas kesalahan berkenaan dan pernah didakwa atas kesalahan yang sama pada 2008 lalu.

Rampasan dilakukan pihak penguatkuasaan farmasi itu, membabitkan pelbagai kosmetik atas jenama artis terbabit antaranya krim malam, krim siang dan sabun.