GEORGETOWN - DAP mengakui PRK Parlimen Cameron Highlands yang akan diadakan 26 Januari ini merupakan pertandingan sengit kerana PH tidak pernah memenangani kerusi tersebut.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP sedar bahawa kelebihan terletak kepada parti yang menguasai Cameron Highlands sebelum ini iaitu MIC.
Menurutnya, walaupun tidak pernah memenanginya, DAP akan tetap berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PH.
"Saya rasa, ini satu perlawanan yang sengit, tentu kelebihan kepada parti yang memegang kerusi ini sekian lama iaitu MIC. Bagaimanapun, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands.
"Kita akan lawan habis-habisan untuk menang supaya rakyat dapat merasai hasil ekonomi dan pembangunan lestari. Kita tidak mahu hanya pembangunan sahaja, tetapi mahukan pembangunan lestari, khususnya di kawasan hijau seperti Cameron Highlands," katanya kepada media tadi.
Terdahulu, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan melancarkan Projek Naik Taraf Lif Perumahan Kastam, Bukit Gelugor, di sini.
Tambahnya, sebagai persiapan, DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk menentukan calon yang akan diletakkan di kerusi Parlimen tersebut.
"Kita akan adakan mesyuarat CEC nanti untuk menentukan calon yang sesuai. Mungkin beberapa hari lagi (adakan mesyuarat). Kita akan maklumkan nanti kerana DAP pun kena buat persediaan.
"Kita kena buat pemilihan calon yang terbaik sebelum 12 Januari ini," katanya.
Kerusi Parlimen Cameron Highlands yang sebelum ini dimenangi BN menerusi calonnya, Datuk C Sivarrajh pada PRU14 diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh.
Terdahulu, M Manogaran dari PKR memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu, memohon pengisytiharan keputusan PRU14 untuk kerusi Parlimen itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Manogaran mendakwa, Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.