'Alhamdulillah, Twitter Raja Permaisuri Agong kembali aktif'

Iklan
Netizen teruja apabila baginda aktif semula di Twitter.

SHAH ALAM -"Alhamdulillah, Twitter @cheminahsayang kembali aktif” Itu antara reaksi netizen apabila teruja melihat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengaktifkan kembali akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang dan aktif memuat naik perkembangan terkini baginda.

Sebelum ini Raja Permaisuri Agong telah menyahaktifkan akaun Twitter miliknya iaitu @cheminahsayang.

Iklan
Iklan

Difahamkan, baginda menyahaktifkan akaun Twitternya berikutan komen negatif dari seorang netizen yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.

Tunku Azizah bagaimanapun menafikan keputusan baginda menyahaktifkan laman sosialnya disebabkan komen negatif segelintir netizen.

Iklan

Rata-rata netizen ingin Raja Permaisuri Agong kembali aktif dan ternyata impian mereka ditunaikan.

Baginda telah memuat naik videonya menaiki ‘flying fox’ di Lubuk Yu Eco Park semalam sekaligus menarik perhatian netizen.

Iklan

"Our Queen is back! We miss you Tunku!,” tulis ahmadzaf.

Kata nraizayati, ”Yeayyy... she’s back, Ampun Tuanku!”

Kegembiraan itu juga dikongsi oleh afiq_ibnu_Noor dan memberi sokongan agar Raja Permaisuri terus aktifkan Twitter bagi berkongsi kembali aktiviti sehariannya.

Terbaru, ciapan baginda adalah pulang ke kampung iaitu Johor Bahru.