LONDON - Duchess of Sussex memfailkan saman terhadap akhbar Britain, Mail on Sunday selepas suaminya, Putera Harry menyelar tabloid tersebut atas tindakannya kerana 'menghancurkan hidup' individu.
Meghan Markle yang diwakili firma undang-undang Schillings mengemukakan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi London berikutan akhbar itu didakwa menyiarkan surat peribadinya tanpa kebenaran.