Akaun FB palsu: Kor Ming serah kepada perundangan

Iklan
Kor Ming ketika sidang media selepas pada majlis penyerahan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di SJKC Bercham di sini hari ini.

IPOH - [DIKEMASKINI] Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menyerahkan kepada pasukan perundangan untuk menyelesaikan kes fitnah yang dilakukan laman Facebook palsu 'Nga Kor Ming Super Fans'.

Beliau berkata, perkara itu sedang diperhalusi untuk diambil tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan menyusul.

"Tindakan undang-undang akan menyusul. Kita akan buat apa yang patut.

Iklan

"Pasukan perundangan kami akan bertindak. Terima kasih atas keprihatinan semua," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis penyerahan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di SJKC Bercham di sini hari ini.

Kor Ming berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang menasihatkan Ahli Parlimen Teluk Intan itu membuat laporan polis dan SKMM mengenai isu penghinaan kepada Sultan Selangor yang dimuat naik dalam akaun Facebook 'Nga Kor Ming Super Fans' baru-baru ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun FB palsu Nga Kor Ming perlu buat laporan polis

Sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menafikan beliau dan DAP terlibat dalam membuat hantaran menghasut masyarakat Cina untuk membenci Sultan Selangor sepertimana dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Facebooknya.

Menurut beliau, akaun menggunakan nama 'Nga Kor Ming Super Fans Page' itu merupakan akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan DAP.

Najib menerusi perkongsian di Facebook pagi tadi menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Perak itu kerana mengajak orang Cina yang tidak puas hati membuat bantahan terhadap Sultan Selangor.

Ia susulan keputusan tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa digunakan di Selangor.

Seakan dapat membaca kenyataan bakal dibuat Kor Ming, Najib kemudiannya memuat naik status bahawa page dengan 600,000 pengikut itu sudah pasti akan dinafikan.

Jelasnya, pada tahun 2016 lalu beliau pernah mengeluarkan saman mengenai status memfitnah di akaun yang sama dan Ahli Parlimen Teluk Intan itu meminta maaf di mahkamah.

"Sama ada Nga Kor Ming dan DAP terlibat biar polis siasat jika kerajaan di bawah PH ini masih ada maruah untuk mempertahankan Rukun Negara dan undang-undang kita," tulis Najib.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kor Ming telah mengarahkan Setiausaha Sulit kanannya, Tan Tiong Yih untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada hari ini.

Katanya, laporan polis itu turut disertakan bersama bukti-bukti keterangan membongkarkan konspirasi jahat untuk membantu siasatan polis.

"Terdapat konspirasi politik jahat yang cuba mencemar nama baik saya mahupun parti DAP sehingga sanggup membuat fitnah kononnya saya cuba membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap Sultan Selangor.

"Ini adalah tohmahan yang tidak masuk akal dan muslihat politik kotor yang menjijikkan," katanya.