Politik Israel terus hadapi jalan buntu

Iklan
Gantz (kiri) menolak untuk berada dalam kerajaan gabungan bersama Netanyahu.

TEL AVIV - Rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional di Israel sekali lagi berdepan jalan buntu selepas pesaing Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membatalkan mesyuarat semalam.

Akhir minggu lalu, pemimpin Parti Likud itu memberi jaminan beliau akan membuat usaha terakhir untuk mencapai perjanjian dan akan bertemu pesaingnya, Benny Gantz.

Iklan
Iklan

Parti Biru dan Putih yang dipimpin Gantz itu bagaimanapun menolak usaha itu dan memberi alasan situasi belum sesuai untuk mengadakan rundingan antara kedua-dua belah pihak.

Pilihan raya kedua yang diadakan pada 17 September lalu sekali lagi menyebabkan kebuntuan politik dan meletakkan Netanyahu di ambang kejatuhan.

Iklan

Ahad lalu, perunding kedua-dua parti yang mengadakan pertemuan juga gagal untuk mencapai sebarang persetujuan dan saling menyalahkan antara satu sama lain atas kebuntuan tersebut.

Dalam perkembangan lain, pra pendengaran kes rasuah melibatkan Netanyahu bermula pada minggu ini namun pemimpin berusia 69 tahun dijangka tidak menghadiri sesi tersebut dan hanya diwakili peguamnya, Peguam Negara, Avichai Mendelbit. - Agensi

Iklan