Ronaldo pilih piza bila 'cheat day'

Iklan
Gambar hiasan

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo yang mempunyai tubuh badan yang sempurna pasti terikat dengan diet yang sempurna.

Namun atlet terkenal dunia tersebut yang menyertai kelab bola sepak tersebut pada tahun tahun lalu mempunyai keinginan makanan yang tersendiri seperti orang lain.

Iklan
Iklan

Beliau yang merupakan kapten pasukan Negara Portugal mendedahkan suka memakan piza bersama anak lelakinya dan kekasihnya, Georgina Rodriguez sebagai cheat meal.

Gambar hiasan

Bercakap kepada saluran YouTube ChrisMD, Ronaldo berkata, rahsianya adalah menjaga badan, berlatih, lakukan pemulihan dan makan dengan baik.

Iklan

"Makan makanan yang sihat kadang-kadang akan membuatkan saya merasa bosan dan untuk mengatasinya kadang-kadang saya akan makan piza bersama anak saya.

"Saya percaya perlu untuk memanjakan diri sekali-sekala. Namun, dia masih mengikuti diet bagi mengekalkan bentuk badan yang cergas," katanya - Mirror UK

Iklan